Tiga dongeng besar mengenai affiliate

Di dalam perniagaan, terdapat banyak cerita dongeng untuk menakutkan – nakutkan mereka yang baru menceburi bidang perniagaan. Cerita dongeng ini wujud dari golongan mereka yang gagal dalam perniagaan. Mereka gagal dalam perkara tertentu dan mereka sebarkan pada orang ramai bahawa teknik mereka gagal. Namun, sebenarnya mereka bukannya gagal tetapi mereka hanya berhenti mencuba.

Jika ingin berjaya, anda perlu terus mencuba. Apa sahaja halangan yang ada , anda perlu tepis ke tepi. Sebenarnya, semua orang pernah gagal dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan. Ada yang gagal di permulaan, ada yang gagal di pertengahan dan ada juga yang gagal di pengakhiran. Kegagalan adalah pasti. Cara untuk mencegah kegagalan adalah terus mencuba.

Jika anda berhenti mencuba, perasaan gagal akan menang. Sebab itu jika anda ingin berjaya, anda perlu berani gagal. Jika anda berani untuk gagal, tiada kegagalan dalam hidup anda. Ini kerana walaupun gagal, anda sebenarnya berjaya.

Berikut adalah antara tiga dongeng besar mengenai affiliate :-


Mitos pertama >
 Pemasaran affiliate adalah senang

Jika anda dengar orang berkata bahawa pemasaran  affiliate adalah senang ? Cuba anda tanya kembali orang tersebut, berapa banyak masa yang dia habiskan untuk menghasilkan pendapatan pertama dan adakah pendapatan yang dia peroleh adalah konsisten ?

Pemasaran affiliate adalah sama situasinya dengan membina perniagaan offline. Jika anda tidak ada usaha, anda akan gagal. Tidak ada perkara senang dalam pemasaran affiliate. Bunyinya seperti senang, jadi agen sesuatu produk di online dan lakukan promosi bagi produk tersebut. Komisyen akan di peroleh bagi setiap jualan yang berjaya di hasilkan. Konsepnya sangat senang, namun perlaksanaannya sangat sukar.

Anda perlu ada ilmu, ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan affiliate yang berjaya. Jika ingin berjaya dalam affiliate, anda perlu meanggapnya seperti satu kerjaya bukannya satu hobi.


Mitos kedua >
Tidak boleh buat duit dengan niche tertentu kononnya tepu

Di dalam perniagaan tiada istilah tepu. Jika anda ada idea, akan ada sahaja ruang untuk anda bekerja dan mengaut keuntungan. Untuk menceburi niche yang besar seperti kuruskan badan, cinta, make money online dan keluarga, anda perlu berani mencuba dan bersaing. Memandangkan niche – niche ini mempunyai pasaran yang luas, persaingannya agak hebat.


Mitos ini datangnya dari mereka yang takut hendak bersaing. Padahal jika anda bersaing, anda tetap akan dapat hasilnya walaupun sedikit. Dalam lumba lari 100 meter, ada lapan orang akan berlari dalam satu pusingan. Perbezaan orang terakhir dan pertama adalah orang yang pertama akan sampai dahulu, manakala orang yang terakhir akan sampai lewat tetapi pada akhirnya orang yang terakhir tetap akan sampai pada garisan penamat.



Jadi, anda jangan takut untuk mencuba dan bersaing dalam pasaran perniagaan yang kononnya tepu. Jika anda mencuba pasti ada hasilnya. Untuk jadi orang yang pertama sampai ke garisan penamat, anda perlu berusaha keras dan kejayaan tidak datang dalam sekelip mata, anda perlu bersabar.







Mitos ketiga >
Anda perlu ada website berbayar sendiri

Di dalam perniagaan affiliate, untuk permulaan atau bagi newbie website berbayar bukanlah satu keperluan yang penting. Anda boleh menjana keuntungan yang banyak dengan hanya melalui  website percuma seperti hubpages, squiddo dan blogspot. Anda hanya perlu jadikan diri anda kreatif untuk mempergunakan sepenuhnya kemudahan yang ada pada website percuma sebelum anda beralih pada website berbayar.

Jangan biarkan diri anda di selubungi perasaan takut untuk mencuba. Tidak bermakna sesuatu kejayaan itu tanpa melalui kegagalan.




Comments